BAB 5:PERANAN ASEAN
Peranan Asean
Ø
Penubuhan
ASEAN telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dan telah dipersetujui oleh
negara-negara seperti Singapura,Thailand,Indonesia dan Filipina.Pada 8 Ogos
1967 semua pemimpin negara termasuk Malaysia telah bersetuju menandatangani
satu perjanjian untuk penubuhan ASEAN.Pada tahun 1984 Brunei telah menyertai
ASEAN dan pada tahun 1997 bertambah apabila 3 buah negara telah menyertai iaitu
Vietnam,Laos dan Myanmar.
Ø
Dalam
ASEAN,Malaysia telah banyak mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian,kerjasama
ekonomi,politik,social da kebudayaan,pendidikan dan kesihatan,kepentigan social
dengan negara-negara anggota lain.Dari segi keselamatan,ASEAN telah bersetuju
memperkenalkan konsep Zon Aman,bebas dan berkecuali (ZOFPAN) di semua negara ASEAN.Selain
itu semua negara ASEAN juga setuju untuk mengelakkan daripada menjadi tempat
persaingan tenaga nuclear dan menerima konsep South East Asia Nuclear Weapons
Free Zone(SEANWFZ).Ker jasama dalam bidang pendidikan bertujuan untuk berkongsi
kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut-penuntut dari negara anggota.ASEAn
telah menubuhkan persidangan menteri-menteri pelajaran ASEAN(SEAMEO) dan
diagihkan kepada beberapa buah negara ASEAn seperti RESCAM untuk melatih guru
sains dan matematik di pulau pinang,RELC untuk melatih pegawai meningkatkan
prestasi penguasan bahasa ingeris di Singapura.INOTEC di filipina untuk
melahirkan penyelidikan pertanian dan TROMPED di negara Thailand untuk
menjalankan penyelidikan kesihatan awam.
Ø
Semenjak
penubuhanny, ASEAN telah berkembang pesat dan berpotensi meraih kejayaan yang
lebih dalam lagi dalam bidang politik dan ekonomi.ASEAN juga telah berjaya
meraih dividen besar iaitu keamanan dan kestabilan rantau.Bagi Malaysia ASEAN
akan sentiasa menjadi tunggak dasar hubungan luar Malaysia.Selain itu,Malaysia
juga gigih berusaha untuk mencapai kerjasam ASEAN.Ini merupakan kerjasama
diantara ASEAN,Korea,Jepun dan China.Malaysia amat berpuas hati dengan evolui
kerjasama ini.Malaysia yang menjadi tuan rumah pada tahun 2005-2006 akan terus
mengambil langkah dan peranan utama untuk menjayakan apa jua matlamat yang
ingin dicapai.
Ø
Semasa Tun
Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan perdana menteri,beliau telah mengariskan
tiga pendekatan baharu Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan
ASEAN secara lebih berkesan agar dapat menjamin rantau ini kekal dinamik.
Ø
Bagi aspek
integrasi ekonomi,ASEAN pasti boleh berbangga apabila berjaya manghapuskan
tariff ke atas 11 sektor utama yang akan di laksanakan oleh enam buah negara
menjelang 2007.iaitu Malaysia,Indonesia,Thailand Singapura,Filipina dan
Brunei.tambahan pula empat buah negara lagi ialah Laos,Kemboja,Myanmmar dan
Vietnam pada tahun 2012.
Peranan OIC
Ø OIC ialah singkatan kepada 'Organisation Of Islamic Conference' atau
pertubuhan persidangan Negara-negara islam. OIC merupakan sebuah organisasi
antara kerajaan yang kini di anggotai oleh 57 buah negara islam daripada tiga
rantau terbesar iaitu Asia,Timur Tengah dan Afrika dimana jumlah penduduknya
merupakan satu perlima daripada penduduk dunia.
Ø OIC bertindak sebagai satu forum khusus untuk negara negara islam bagi
mewujudkan perpaduan sesama ummah khususnya mengenai konflik
Israel-palestin.OIC diubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia.Malaysia
diberikan penghormatan apabila Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha
Agung OIC yang pertama.Pejabat OIC terletak di Jeddah Arad Saudi.
Ø Sebagai negara islam.Malaysia berpendapat bahawa hubungan dengan
negara-negara islam sangat mustahak.OIC juga erperanan membendung segala unsur
jahat yang menindas umat ismlam di seluruh dunia.Malaysia menjadi pengerusi
kepada sidang kemuncak OIC ke-10 sehingga bulan oktber 2006.
Peranan Komenwel
Ø Pertubuhan ini dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan British
dan Malaysia.Malaysia menyertai setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun
1957.Matlamat penubuhan komenwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan
perpaduan ekpnomi,pendidikan,pertahanan,pertanian dan perundangan yang baik
antara semua negara bekas jajahan British.Sejak menjadi ahli komenwel pada
tahun 1957,Malaysia telah mengutarakan beberapa isu seperti masalah perdagangan
antarabangsa,penjajahan dan penentangan terhadap isu apartheid di Africa
Selatan.Dalam satu ersidangan Ketua-ketua negara komanwel(CHOGM) di bahamas(1985)
dan di Vancouver(1987),Malaysia telah menyarankan badan dunia ini memainkan
pernan yang lebih agresif dalam menangani isu ketidak adilan dan Malaysia
sebagai tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989.
Ø Dalam persidangan itu,selain membincangkan isu apartheid,kemerdekaan
Namibia,masalah dadah,keuluran dan kemiskinan di afrika,ekonomi
antarabangsa,konflik asia barat,konflik afghanistan dan Kampuchea,ada satu isu
yang menarik perhatian negara dunia iaitu tentang isu alam sekitar.Kemerosotan
dan pencemaran alam sekitar,ketua-ketua negara Komanwel telah menggariskan
beberapa rancangan atau tindakan yang dinyatakan
i.
Pertubuhan tabung antarabangsa untuk
pemeliharan alam sekitar
ii.
Pengurusan perhutanan dan pertanian di
negara-negara maju dan sedang membangun
iii.
Pengurangan pencemaran laut
iv.
Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon
Ø Melalui komanwel,Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti
kerjasama pertahanan,perdagangan,pembangunan sains dan
teknologi,pertanian,pendidikan,kewangan dan sebagainya.Dalam bidang pertahanan
Malaysia telah mendapat beberapa bantuan ketenteraan khususnya untuk peringkat
10 tahun selepas kemerdekaan.Selain itu Malaysia juga telah mengadakan latihan
ketenteraan bersana beberapa buah negara komanwel.Malaysia juga telah disokong
oleh negara-negara maju dalam komanwel seperti pemberian status Skim Keutamaan
Am(GSP) bagi barang Malaysia.Melalui rancangan Colombo,Malaysia telah mendapat
khidmat nasihat mengenai pendidikan,pertanian,teknikal,kesihatan dan
sebagainya.Malaysia pernah menjadi tuan rumah dalam sukan komanwel pada tahun
1998.
Peranan NAM
Ø NAM atau singkatan baginya ialah 'the Non-Aligned Movement', juga
dikenali sebagai Pergerakan Negara-negara Berkecuali telah diasaskan pada tahun
1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di
Belgrade,Yogoslavia.Penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada
perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union
yang mendominasi dunia pada ketika itu.Malaysia menyertai NAM pada tahun
1969.pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali,iaitu tidak berpihak pada
Blok Barat atau Blok Timur.NAM berpegang kepada prinsip menghormati
kemerdekaan,keutuhan dan kedaulatansesebuah negara.Malaysia melibatkan diri
secara aktif dalam pergerakan NAM kerana dasar NAM secocok dengan pendirian
Malaysia.
Ø Malaysia mahu berinteraksi dengan semua negara tanpa megira ideology
politik dan faedah daripadanya.Malaysia telah diberi penghormatan apabila
dilantik menjadi Naib presiden NAM pada tahun 1989 di Belgrade.Malaysia
dilantik menganggotai Kumpulan 15(G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit
yang ditugaskan untuk menbincangkan isu-isu yang berkaitan dengan politik dan
ekonomi negara-negara NAM.Pada bulan Februari 2003,Malaysia telah menjadi tuan
rumah persidangan.Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13
sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota,iaitu 2/3 daripada jumlah
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB)
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Ø Malaysia telah menyertai PBB pada 19 September 1957 selepas mencapai
kemerdekaan.Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara
anggota serta tidak ada negara yang boleh campur tanagan dalam hal ehwalnegara
lain.PBB juga bermatlamat mewujudka sebuah masyarakat dunia yang aman.Slain
itu,kerjasama dalam pelbagai bidang adalah diperlukan.PBB memainkan peranan
dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia,
i.
Perhimpunan Agung PBB
ii.
Majlis keselamatan
² Sosioekonomi pula dilaksanakan oleh Sekretariat PBB seperti
WHO,ILO,UNESCO,IMF,UNPROFOR,UNISCOM dan UNCTAD.Malaysia sentiasa percaya kepada
kepentingan PBB untuk memperoleh keamanan dan kesejahteraan dunia.Kepercayaan
PBB kepada kebolehan dan kemampuan Malaysia jelas apabila Malaysia telah
dipilih untuk memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk
membincangkan isu-isu pembangunan negara.Malaysia juga telah dipilih menjadi
pemimpin ICDATT,iaitu agensi antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras
penyalahgunaan dadah.Malaysia juga terlibat dalam melaksanakan dasar PBB
seperti menghantar pasukan pengamal di Congo (1961),Somalia (1995),Bosnia
(1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990).Kemasukan Malaysia ke PBB telah
mendatangkan banyak faedah seperti WHO telah banayak membantu penyelidikan dan
peningkatan taraf hidup rakyat.FAO membantu pengeluaran makanan dan UNESCO
telah memajukan sistem pendidikan negara.