BAB 7:Pencemaran Alam Sekitar
Konsep pencemaran dan pemuliharaan alam sekitar
Konsep pencemaran dan pemuliharaan alam sekitar
Pendahuluan
Alam sekitar
yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkn an produktiviti. Beberapa mekanisme institusi
dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan memulihara
sumber melalui pelbagai program nasional dan antarabangsa seperti UNCED. Malaysia tidak ketinggalan memainkan
peranan yang penting dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Malaysia
mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi
memastikan pembangunan yang mantap. Strategi ini disokong oleh undang-undang
yang dikuatkuasakan dengan tegas dan adil. Langkah-langkah ini mengalakkan
sektor swasta menerima pakai dan membangunkan teknologibercirikan kecermelangan
kualiti alam sekitar. Kelemahan-kelemahan seperti garis panduan dan pendekatan
pemuliharaan alam sekitar yang kurang jelas ditangani bagi mengelakkan
pencemaran.
Pemeliharaan
dan pemuliharaan kualiti alam sekitar
Pecemaraan dan
kemerosotan kualiti alam sekitar akan meninggalkan kesan yang negatif bukan
sahaja kepada kesihatan manusia tetapi juga kemajuan ekonomi negara. Kepentingan
kualiti alam sekitar terhadap manusia
terbukti melalui peyelidikan dalam dan luar Negara. Dalam beberapa penyelidikan
jika manusia tidak menjaga alam sekitar kualiti kehiduapan manusia akan merosot
akibat perbuatan manusia sendiri amnya. Umumnya, jika keadaan ini berterusan
makhluk dibumi ini akan terus mengalami kesan buruk.
Negara kita
sentiasa berwaspada mengenai kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar yang
mudah tercemaran dengan pembangunan yang pesat. Pertumbuhan industri dan
pembandaran yang tidak terkawal juga mengakibat kan pencemaran.
Negara kita juga
menitiberatkan pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dalam pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli. Pengurusan atau pentadbiran yang
penting bagi meningkatkan kualiti alam sekitar dan sumber asli yang mapan.
Kerajaan negeri dengan agensi pembangunan negeri boleh memainkan peranan yang
penting terhadap pembangunan sumber asli.
Umumnya, dasar Negara kita mengenai alam
sekitar ialah untuk:
1.
Mencapai alam sekitar yang
bersih, selamat ,sihat dan produktif untuk generasi kini dan masa depan
2.
Memelihara dan memulihara sumber
asli dan warisan kebudayaan Negara yang unik dengan penglibatan secara berkesan
oleh semua pihak .
3.
Mengalakkan cara hidup serta
corak penggunaan dan penguluaran yang sejajar dengan prinsip pembangunan
mampan.
Prinsip pemuliharan dan pemeliharaan alam sekitar
Mengariskan menangani pelbagai masalah
persekitaran. Dalam konteks ini, kerajaan menggariskan beberapa prinsip seperti yang
berikut, iaitu:
Penjagaan alam
sekitar
Pemuliharaan
kesuburan tanah dan kualiti alam sekitar.
Peningkatan
berterusan tahap kesihatan dan keselamatan yang berkualiti dan mapan.
Menitiberatkan
persepaduan pelbagai aspek untuk mewujudkan kualiti alam sekitar.
Iltizam dan
akauntabiliti terhadap kualiti alam sekitar.
Menentukan
kesesuaian dan keberkesanan menggunakan sumber asli. Penglibatan aktif
peringkat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment