SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA
3.2 Demokrasi Berparlimen
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan yang kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi , undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau melalui perwakilan iaitu wakil yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik. Ringkasnya, sebuah negara yang melaksanakan sistem demokrasi adalah negara yang memperjuangkan kedaulatan rakyat. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalakan sistem Demokrasi Berparlimen diaplikasikan.
- Demokrasi Berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan. Hal ini bermaksud, rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara, manakala raja-raja menjadi lambang taat setia rakyat.
- Demokrasi Berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihan raya. Dalam proses pilihan raya , rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan pemimpin inilah yang akan menjadi wakil rakyat di Parlimen. Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen sejak Tanah Melayu mecapai kemerdekaan. Malahan rakyat di negara ini telah diberi pengalaman terlibat dalam pilihan raya sejak tahun 1952 lagi.
- Sistem ini telah dipupuk perkembangannya dan diperlihara sehingga mewujudkan kestabilan negara. Kestabilan ini telah membolehkan rakyat menikmati keamanan dan kemajuan dalam bidang ekonomi, politik , sosial dan sebagainya hingga ke hari ini.
- Walaupun demikian, kebebasan yangkita nikmati tidaklah bersifat mutlak, tetapi tertakluk kepada sekatan-sekatan tertentu yang perlu kita adakan, terutama dalam masyarakat berbilang kaum . Sekatan-sekatan itu pula tidaklah dikenakan dengan sewenang-wenangnya,tetapi dibuat berdasarkan kehendak rakyat sendiri melalui Parlimen.
- Kestabilan dan kemantapan politik di bawah sistem Demokrasi Berparlimen telah membolehkan rakyat melalui kerajaan yang dipilih merangka, menggubal dan seterusnya melaksanakan strategi-strategi pembangunan negara. Pembangunan yang pesat telah membolehkan semua pihak mengecap nikmat kemakmuran dan kesejahteraan dalam hidup masing-masing
- Kerajaan juga telah berjaya melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Mlaysia bagi mencapai perpaduan serta mengekalkan keamanan dan keselamatan negara. DEB adalaha untuk faedah rakyat negara ini. Dasar ini memperlihatkan usaha kerajaan bagi memastikan semua bangsa dan kaum di negara ini menikmati kekayaan negara secara sama rata.
- Kerajaan juga menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi untuk menyediakan peluang kerajaan, menambahkan kemahiran, menggalakkan penggunaan teknologi moden dan apa yang lebih penting adalah mempertingkat daya pengeluaran, pendapatan dan kemakmuran negara
- Kerajaan juga akan terus menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam usaha kerajaanuntuk memesatkan pembangunan negara, meningkatkan kecekapan dan mencapai produktiviti yang lebih tinggi. Atas kesedaran inilah kerajaan melaksanakan Dasar Penswastaan dan Dasar Pesyarikatan Malaysia tanpa membelakangkan Dasar Ekonomi Baru.
- Kerajaan juga telah menitikberatkan pelajaran dan pendidikan. Kemudahan-kemudahan pelajaran yang disediakan di negara ini bertujuan memupuk perpaduan negara dan memenuhi keperluan tenaga rakyat terlatih. Sitem pelajaran dan latihan membolehkan rakyat Malaysia melibatkan diri sepenuhnya dalam pembangunan negara. Kemudahan-kemudahan pelajaran yang diberikan oleh rakyat dan merupakan pelaburan untuk menjaminkan kesejahteraan rakyat dan negara pada masa hadapan. Oleh itu , rakyat berhak mendapat pulangan yang positif daripada pelaburan itu.
No comments:
Post a Comment