Politeknik Muadzam Shah

Thursday, 16 October 2014

BAB 7:Pencemaran Alam Sekitar 

Konsep  pencemaran dan pemuliharaan alam sekitar
Pendahuluan                                                                                                                                                               
Alam sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkn an  produktiviti. Beberapa mekanisme institusi dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan memulihara sumber melalui pelbagai program nasional dan antarabangsa seperti  UNCED. Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Malaysia mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi memastikan pembangunan yang mantap. Strategi ini disokong oleh undang-undang yang dikuatkuasakan dengan tegas dan adil. Langkah-langkah ini mengalakkan sektor swasta menerima pakai dan membangunkan teknologibercirikan kecermelangan kualiti alam sekitar. Kelemahan-kelemahan seperti garis panduan dan pendekatan pemuliharaan alam sekitar yang kurang jelas ditangani bagi mengelakkan pencemaran.

Pemeliharaan dan pemuliharaan kualiti alam sekitar

Pecemaraan dan kemerosotan kualiti alam sekitar akan meninggalkan kesan yang negatif bukan sahaja kepada kesihatan manusia tetapi juga kemajuan ekonomi negara. Kepentingan kualiti alam sekitar  terhadap manusia terbukti melalui peyelidikan dalam dan luar Negara. Dalam beberapa penyelidikan jika manusia tidak menjaga alam sekitar kualiti kehiduapan manusia akan merosot akibat perbuatan manusia sendiri amnya. Umumnya, jika keadaan ini berterusan makhluk dibumi ini akan terus mengalami kesan buruk.
Negara kita sentiasa berwaspada mengenai kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar yang mudah tercemaran dengan pembangunan yang pesat. Pertumbuhan industri dan pembandaran yang tidak terkawal juga mengakibat kan pencemaran.
Negara kita juga menitiberatkan pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli. Pengurusan atau pentadbiran yang penting bagi meningkatkan kualiti alam sekitar dan sumber asli yang mapan. Kerajaan negeri dengan agensi pembangunan negeri boleh memainkan peranan yang penting terhadap pembangunan sumber asli.
Umumnya, dasar Negara kita mengenai alam sekitar ialah untuk:
1.       Mencapai alam sekitar yang bersih, selamat ,sihat dan produktif untuk generasi kini dan masa depan
2.       Memelihara dan memulihara sumber asli dan warisan kebudayaan Negara yang unik dengan penglibatan secara berkesan oleh semua pihak .
3.       Mengalakkan cara hidup serta corak penggunaan dan penguluaran yang sejajar dengan prinsip pembangunan mampan.

Prinsip pemuliharan dan pemeliharaan alam sekitar

 Mengariskan menangani pelbagai masalah persekitaran. Dalam konteks ini, kerajaan  menggariskan beberapa prinsip seperti yang berikut, iaitu:
Penjagaan alam sekitar
Pemuliharaan kesuburan tanah dan kualiti alam sekitar.
Peningkatan berterusan tahap kesihatan dan keselamatan yang berkualiti dan mapan.
Menitiberatkan persepaduan pelbagai aspek untuk mewujudkan kualiti alam sekitar.
Iltizam dan akauntabiliti terhadap kualiti alam sekitar.
Menentukan kesesuaian dan keberkesanan menggunakan sumber asli. Penglibatan aktif peringkat antarabangsa. 
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA



3.2 Demokrasi Berparlimen

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan yang kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi , undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau melalui perwakilan iaitu wakil yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik. Ringkasnya, sebuah negara yang melaksanakan sistem demokrasi adalah negara yang memperjuangkan kedaulatan rakyat. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalakan sistem Demokrasi Berparlimen diaplikasikan.

  • Demokrasi Berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan. Hal ini bermaksud, rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara, manakala raja-raja menjadi lambang taat setia rakyat.
  • Demokrasi Berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihan raya. Dalam proses pilihan raya , rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan pemimpin inilah yang akan menjadi wakil rakyat di Parlimen. Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen sejak Tanah Melayu mecapai kemerdekaan. Malahan rakyat di negara ini telah diberi pengalaman terlibat dalam pilihan raya sejak tahun 1952 lagi.
  • Sistem ini telah dipupuk perkembangannya dan diperlihara sehingga mewujudkan kestabilan negara. Kestabilan ini telah membolehkan rakyat menikmati keamanan dan kemajuan dalam bidang ekonomi, politik , sosial dan sebagainya hingga ke hari ini.
  • Walaupun demikian, kebebasan yangkita nikmati tidaklah bersifat mutlak, tetapi tertakluk kepada sekatan-sekatan tertentu yang perlu kita adakan, terutama dalam masyarakat berbilang kaum . Sekatan-sekatan itu pula tidaklah dikenakan dengan sewenang-wenangnya,tetapi dibuat berdasarkan kehendak rakyat sendiri melalui Parlimen.
3.2.2 Faedah daripada Pengalaman Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia
  • Kestabilan dan kemantapan politik di bawah sistem Demokrasi Berparlimen telah membolehkan rakyat melalui kerajaan yang dipilih merangka, menggubal dan seterusnya melaksanakan strategi-strategi pembangunan negara. Pembangunan yang pesat telah membolehkan semua pihak mengecap nikmat kemakmuran dan kesejahteraan dalam hidup masing-masing
  • Kerajaan juga telah berjaya melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Mlaysia bagi mencapai perpaduan serta mengekalkan keamanan dan keselamatan negara. DEB adalaha untuk faedah rakyat negara ini. Dasar ini memperlihatkan usaha kerajaan bagi memastikan semua bangsa dan kaum di negara ini menikmati kekayaan negara secara sama rata.
  • Kerajaan juga menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi untuk menyediakan peluang kerajaan, menambahkan kemahiran, menggalakkan penggunaan teknologi moden dan apa yang lebih penting adalah mempertingkat daya pengeluaran, pendapatan dan kemakmuran negara
  • Kerajaan juga akan terus menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam usaha kerajaanuntuk memesatkan pembangunan negara, meningkatkan kecekapan dan mencapai produktiviti yang lebih tinggi. Atas kesedaran inilah kerajaan melaksanakan Dasar Penswastaan dan Dasar Pesyarikatan Malaysia tanpa membelakangkan Dasar Ekonomi Baru.
  • Kerajaan juga telah menitikberatkan pelajaran dan pendidikan. Kemudahan-kemudahan pelajaran yang disediakan di negara ini bertujuan memupuk perpaduan negara dan memenuhi keperluan tenaga rakyat terlatih. Sitem pelajaran dan latihan membolehkan rakyat Malaysia melibatkan diri sepenuhnya dalam pembangunan negara. Kemudahan-kemudahan pelajaran yang diberikan oleh rakyat dan merupakan pelaburan untuk menjaminkan kesejahteraan rakyat dan negara pada masa hadapan. Oleh itu , rakyat berhak mendapat pulangan yang positif daripada pelaburan itu.
BAB 5:PERANAN ASEAN

Peranan Asean
Ø  Penubuhan ASEAN telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dan telah dipersetujui oleh negara-negara seperti Singapura,Thailand,Indonesia dan Filipina.Pada 8 Ogos 1967 semua pemimpin negara termasuk Malaysia telah bersetuju menandatangani satu perjanjian untuk penubuhan ASEAN.Pada tahun 1984 Brunei telah menyertai ASEAN dan pada tahun 1997 bertambah apabila 3 buah negara telah menyertai iaitu Vietnam,Laos dan Myanmar.
Ø  Dalam ASEAN,Malaysia telah banyak mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian,kerjasama ekonomi,politik,social da kebudayaan,pendidikan dan kesihatan,kepentigan social dengan negara-negara anggota lain.Dari segi keselamatan,ASEAN telah bersetuju memperkenalkan konsep Zon Aman,bebas dan berkecuali (ZOFPAN) di semua negara ASEAN.Selain itu semua negara ASEAN juga setuju untuk mengelakkan daripada menjadi tempat persaingan tenaga nuclear dan menerima konsep South East Asia Nuclear Weapons Free Zone(SEANWFZ).Ker jasama dalam bidang pendidikan bertujuan untuk berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut-penuntut dari negara anggota.ASEAn telah menubuhkan persidangan menteri-menteri pelajaran ASEAN(SEAMEO) dan diagihkan kepada beberapa buah negara ASEAn seperti RESCAM untuk melatih guru sains dan matematik di pulau pinang,RELC untuk melatih pegawai meningkatkan prestasi penguasan bahasa ingeris di Singapura.INOTEC di filipina untuk melahirkan penyelidikan pertanian dan TROMPED di negara Thailand untuk menjalankan penyelidikan kesihatan awam.
Ø  Semenjak penubuhanny, ASEAN telah berkembang pesat dan berpotensi meraih kejayaan yang lebih dalam lagi dalam bidang politik dan ekonomi.ASEAN juga telah berjaya meraih dividen besar iaitu keamanan dan kestabilan rantau.Bagi Malaysia ASEAN akan sentiasa menjadi tunggak dasar hubungan luar Malaysia.Selain itu,Malaysia juga gigih berusaha untuk mencapai kerjasam ASEAN.Ini merupakan kerjasama diantara ASEAN,Korea,Jepun dan China.Malaysia amat berpuas hati dengan evolui kerjasama ini.Malaysia yang menjadi tuan rumah pada tahun 2005-2006 akan terus mengambil langkah dan peranan utama untuk menjayakan apa jua matlamat yang ingin dicapai.
Ø  Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan perdana menteri,beliau telah mengariskan tiga pendekatan baharu Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan ASEAN secara lebih berkesan agar dapat menjamin rantau ini kekal dinamik.
Ø  Bagi aspek integrasi ekonomi,ASEAN pasti boleh berbangga apabila berjaya manghapuskan tariff ke atas 11 sektor utama yang akan di laksanakan oleh enam buah negara menjelang 2007.iaitu Malaysia,Indonesia,Thailand Singapura,Filipina dan Brunei.tambahan pula empat buah negara lagi ialah Laos,Kemboja,Myanmmar dan Vietnam pada tahun 2012.

Peranan OIC
Ø  OIC ialah singkatan kepada 'Organisation Of Islamic Conference' atau pertubuhan persidangan Negara-negara islam. OIC merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang kini di anggotai oleh 57 buah negara islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia,Timur Tengah dan Afrika dimana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada penduduk dunia.
Ø  OIC bertindak sebagai satu forum khusus untuk negara negara islam bagi mewujudkan perpaduan sesama ummah khususnya mengenai konflik Israel-palestin.OIC diubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia.Malaysia diberikan penghormatan apabila Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama.Pejabat OIC terletak di Jeddah Arad Saudi.
Ø  Sebagai negara islam.Malaysia berpendapat bahawa hubungan dengan negara-negara islam sangat mustahak.OIC juga erperanan membendung segala unsur jahat yang menindas umat ismlam di seluruh dunia.Malaysia menjadi pengerusi kepada sidang kemuncak OIC ke-10 sehingga bulan oktber 2006.














Peranan Komenwel
Ø Pertubuhan ini dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan British dan Malaysia.Malaysia menyertai setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Matlamat penubuhan komenwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan ekpnomi,pendidikan,pertahanan,pertanian dan perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British.Sejak menjadi ahli komenwel pada tahun 1957,Malaysia telah mengutarakan beberapa isu seperti masalah perdagangan antarabangsa,penjajahan dan penentangan terhadap isu apartheid di Africa Selatan.Dalam satu ersidangan Ketua-ketua negara komanwel(CHOGM) di bahamas(1985) dan di Vancouver(1987),Malaysia telah menyarankan badan dunia ini memainkan pernan yang lebih agresif dalam menangani isu ketidak adilan dan Malaysia sebagai tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989.
Ø Dalam persidangan itu,selain membincangkan isu apartheid,kemerdekaan Namibia,masalah dadah,keuluran dan kemiskinan di afrika,ekonomi antarabangsa,konflik asia barat,konflik afghanistan dan Kampuchea,ada satu isu yang menarik perhatian negara dunia iaitu tentang isu alam sekitar.Kemerosotan dan pencemaran alam sekitar,ketua-ketua negara Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan yang dinyatakan

i.         Pertubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharan alam sekitar
ii.      Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun
iii.   Pengurangan pencemaran laut
iv.   Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon

Ø  Melalui komanwel,Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan,perdagangan,pembangunan sains dan teknologi,pertanian,pendidikan,kewangan dan sebagainya.Dalam bidang pertahanan Malaysia telah mendapat beberapa bantuan ketenteraan khususnya untuk peringkat 10 tahun selepas kemerdekaan.Selain itu Malaysia juga telah mengadakan latihan ketenteraan bersana beberapa buah negara komanwel.Malaysia juga telah disokong oleh negara-negara maju dalam komanwel seperti pemberian status Skim Keutamaan Am(GSP) bagi barang Malaysia.Melalui rancangan Colombo,Malaysia telah mendapat khidmat nasihat mengenai pendidikan,pertanian,teknikal,kesihatan dan sebagainya.Malaysia pernah menjadi tuan rumah dalam sukan komanwel pada tahun 1998.




Peranan NAM
Ø  NAM atau singkatan baginya ialah 'the Non-Aligned Movement', juga dikenali sebagai Pergerakan Negara-negara Berkecuali telah diasaskan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade,Yogoslavia.Penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang mendominasi dunia pada ketika itu.Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969.pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali,iaitu tidak berpihak pada Blok Barat atau Blok Timur.NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan,keutuhan dan kedaulatansesebuah negara.Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam pergerakan NAM kerana dasar NAM secocok dengan pendirian Malaysia.
Ø  Malaysia mahu berinteraksi dengan semua negara tanpa megira ideology politik dan faedah daripadanya.Malaysia telah diberi penghormatan apabila dilantik menjadi Naib presiden NAM pada tahun 1989 di Belgrade.Malaysia dilantik menganggotai Kumpulan 15(G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit yang ditugaskan untuk menbincangkan isu-isu yang berkaitan dengan politik dan ekonomi negara-negara NAM.Pada bulan Februari 2003,Malaysia telah menjadi tuan rumah persidangan.Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota,iaitu 2/3 daripada jumlah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB)




Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Ø  Malaysia telah menyertai PBB pada 19 September 1957 selepas mencapai kemerdekaan.Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara anggota serta tidak ada negara yang boleh campur tanagan dalam hal ehwalnegara lain.PBB juga bermatlamat mewujudka sebuah masyarakat dunia yang aman.Slain itu,kerjasama dalam pelbagai bidang adalah diperlukan.PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia,

i.         Perhimpunan Agung PBB
ii.      Majlis keselamatan


² Sosioekonomi pula dilaksanakan oleh Sekretariat PBB seperti WHO,ILO,UNESCO,IMF,UNPROFOR,UNISCOM dan UNCTAD.Malaysia sentiasa percaya kepada kepentingan PBB untuk memperoleh keamanan dan kesejahteraan dunia.Kepercayaan PBB kepada kebolehan dan kemampuan Malaysia jelas apabila Malaysia telah dipilih untuk memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu pembangunan negara.Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDATT,iaitu agensi antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah.Malaysia juga terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengamal di Congo (1961),Somalia (1995),Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990).Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah seperti WHO telah banayak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat.FAO membantu pengeluaran makanan dan UNESCO telah memajukan sistem pendidikan negara.
BAB 6:Dasar Belia Negara


DEFINISI DASAR BELIA NEGARA



  uDimulakan dengan Bahagian Perkhidmatan Belia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 1953

  uBertujuan membimbing pergerakan belia Negara

  uPenubuhan Kementerian Belia dan Sukan yang menggerakkan tenaga belia menjalakan kegiatan yang berguna dan berfaedah.


DASAR BELIA NEGARA


uPRINSIP DASAR :-



  uAmalkan prinsip Rukun Negar

  uWujudkan semangat perpaduan

  uWujudkan sifat kepimpinan yang matang

  uGalakkan penyertaan dalam proses perancangan Negara

  uBina moral tinggi

  uCapai taraf keilmuan luas dan mendalam


uTUJUAN DASAR :-


  uBangunkan taraf sosial dan ekonomi belia

  uMengukuhkan perpaduan dan keselamatan Negara


uSTRATEGI DASAR


  uTingkatkan kemahiran belia dalam bidang kepimpinan , perniagaan dan vokasional / teknikal

  uContohnya :- Rakan Muda


uPROGRAM BELIA


uPerniagaan

uMelahirkan usahawan-usahawan belia


uKoperasi Belia

uMeninggalkan taraf hidup remaja

uMewujudkan organisasi perniagaan besar bercorak koperasi di peringkat nasional


uPROGRAM LATIHAN


uLatihan dan Bimbingan

uMemberi kemahiran vokasional dan teknikal


uCawangan Latihan dan Bimbingan

uMerancangkan aktiviti-aktiviti bercorak latihan kemahiran


HARI BELIA NEGARA


uPelaksanakan


uHari Belia Negara diadakan setiap tahun sebagai bukti pengiktirafan kerajaan terhadap peranan penting generasi belia dalam membantu usaha pembangunan Negara . Ia turut dilaksanakan di peringkat negeri


uPada tahun 2003 , pendekatan baru telah dibuat dengan mengadakan Pameran Belia bersempena Hari Belia untuk memperagakan kejayaankejayaan para belia tanah air termasuklah produk-produk yang dihasilkan oleh para usahawan muda








Tuesday, 7 October 2014

BAB 8: PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN.

DEFINISI: 

-Agama membezakan sesuatu tamadun dengan tamadun lain
-Tamadun juga tidak akan wujud tanpa agama dan pembangunan sesuatu tamadun akan mengalami kepincangan jika ia hanya bergantung kepada pembangunan fizikal semata mata

8.1:MENGAPA MANUSIA PERLU BERAGAMA:

-Ia merupakan satu bentuk hubungan atara manusia dengan tuhan.
-Agama juga berperanan dalam menyatupadukan masyarakat dan menegakkan sesuatu tamadun.

8.1.1:PEMBAHAGIAN AGAMA.

-Terdapat dua jenis agama di dunia ini iaitu:-

        -Agama samawi:

         Agama yang bersumberkan wahyu daripada tuhan seperti agama islam dan kristian.

         -Agama ciptaan manusia:

          Merupakan agama diilhamkan dan dilahirkan oleh manusia contohnya:animisme,hindu,dan                 buddha.

8.1.2:Peranan agama kepada manusia

-Untuk membentuk nilai murni

-Agama menjadi asas kepada nilai murni , rohani , sahsiah. Dengan adanya  agama,manusia akan lebih terdidik dengan nilai nilai murni dan sifatsifat terpuji.

-Identiti

         -Agama secara tidak langsung memberi identiti kepada penganutnya. Contohnya Islam                          mempunyai identiti sendiri iaitu cara pemakaian,adat dan pemikiran

-Kebudayaan dan kesenian

          -Agama telah membentuk kebudayaan dan kesenian bangsa, Melalui budaya seprti tarian dan               kesenian dilhamkan dari agama.


                


                        -